Thursday, February 17, 2011

MENUJU WAWASAN-UNIC

MENUJU WAWASAN – UNIC

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan ALLAH

Umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata umat islam sentiasa boleh

Umat islam zaman lampau taat perintah rasulullah
Bersama berusaha, bersatu tuju wawasan
Wawasan dunia akhirat

Akidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
Ulama warisan anbiya’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari

Lagu : Fairuz SUARA FIRDAUS
Lirik : Fairuz SUARA FIRDAUS
Penerbit : Bazli UNIC
Hakcipta : UNIC Records



Thursday, January 13, 2011

HUKUM PAMER JENAMA HARAM

SEBAGAI peminat sukan bola sepak, sudah menjadi lumrah bagi seseorang itu untuk meminati sesebuah pasukan, khususnya dari Eropah.
Sebagaimana maklum, kerana minat itu juga, ramai sanggup memiliki serta mendapatkan setidak-tidaknya jersi yang digunakan pasukan mereka sama ada yang tiruan mahupun asli. 
Namun, dalam menzahirkan perasaan minat terhadap pasukan yang disokong, ramai ‘mengaburkan’ mata hingga sanggup memakai dan menggunakan jersi pasukan yang sebenarnya turut memaparkan pelbagai logo bertemakan salib atau gambar seperti syaitan.

Jadi, sebagai orang yang beragama Islam, saya ingin mengetahui, apakah hukum pemakaian jersi berkenaan dan jika benar ia dilarang, adakah dalil mengenainya.
Ini kerana, berdasarkan perbualan bersama rakan, mereka mengatakan pemakaian jersi yang memaparkan lambang atau logo syaitan atau berbentuk salib adalah dibolehkan, cuma tidak boleh mengagungkan lambang berkenaan. 
Menjawab persoalan ini, perlu diketahui bahawa pemakaian atau penggunaan lambang berbentuk syaitan atau yang memaparkan imej salib memang tidak dibolehkan bagi seorang Muslim.

Ini kerana, seseorang yang beragama Islam tidak dibenar mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam.

Dalil larangan ini juga mudah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “...dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat seksaan-Nya.” (Al-Maidah, 2)

Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan lagi larangan memberi apa juga bantuan sama ada tersirat dan tersurat kepada hal-ehwal yang bertentangan dengan akidah dan hukum Islam.

Ini dinyatakan olehnya dalam hadis riwayat Muslim dan Ibn Majah yang bermaksud: “Barang siapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalah hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit.”

Dalam isu pemakaian pakaian atau jersi pasukan bola sepak yang diminati, seseorang itu perlu mengetahui dan meneliti lambang serta logo yang tertera adakah ia memang dizahirkan oleh pihak pasukan itu sebagai lambang salib atau bukan.

Jika ia bukan lambang salib tetapi dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri yang membayangkannya, tiada masalah untuk mengguna serta memakainya.

Dalam hal ini, contoh terdekat adalah seperti logo kenderaan jenama Chevrolet yang mungkin boleh membuatkan seseorang itu berimaginasi ia adalah lambang salib tetapi pada masa sama individu lain pula berasakan sebaliknya.

Apapun, jika seseorang itu secara tidak dapat dikawal sentiasa terbayang merasakan ia lambang salib, tatkala itu, elok ia dijauhi juga. Namun, dalam konteks biasa, logo kereta itu bukan salib.

Menyentuh mengenai minat terhadap bola sepak, sudah diketahui memang ramai antara kita meminati pasukan Manchester United hinggakan bukan saja sanggup memakai pakaian pasukan mereka, sebaliknya kerana minat juga, mereka mengagungkan logo pasukan itu dengan menampalnya di cermin kereta dan sebagainya.

Realitinya, Manchester United memang menggunakan lambang yang sinonim dengan bentuk syaitan sebagaimana lambang itu dikenali sebagai ‘Red Devil’ atau syaitan merah yang merujuk kepada pasukan berkenaan.

Walaupun hakikat sebenarnya kita tidak tahu bentuk syaitan sebenarnya, namun apabila manusia membuat imaginasi tersendiri mengenai bentuk syaitan, menamakannya sebagai ‘devil’ dan diterima umum sebagai satu lambang yang menjadi kemegahan, tatkala itu lambang ‘Red Devil’ yang berada di logo Manchester United juga termasuk dalam kategori tidak dibolehkan.

Logo ini memang tidak boleh digunakan, diiklankan atau disiarkan oleh seseorang Muslim sama ada untuk ditampal di dinding mahupun digunakan pada pakaian.

Justeru, apa-apa logo jika diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejahatan dan dihiasi amalan dan perbuatan yang menyanjung kejahatan atau syaitan, ia haram digunakan.

Bagaimanapun, jika imej syaitan lebih membawa kepada hal bola sepak dan bukan lambang kepada perlakuan jahat dan maksiat, tatkala itu ia masih boleh digunakan.

Begitu juga jika ada individu tertentu berjaya mengelakkan hati dan pemikirannya daripada mengakui ia sebuah lambang syaitan dan kekal berasakan ia hanya sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia yang tiada kaitan dengan syaitan atau sepertinya, tatkala itu boleh dan diharuskan baginya untuk memakainya.

Namun, perlu diberi perhatian, jika lambang itu boleh menimbulkan fitnah di kalangan individu lain yang melihatnya hinggakan pemakainya dianggap menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum ‘harus’ itu akan berubah kepada ‘makruh’.

Dalam hal penggunaan lambang atau logo ‘Red Devil’, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat.

Cara terbaik, sudah tentulah menjauhinya kerana ia mampu mewujudkan rasa ‘syubhah’.

Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah SWT tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya.

Jika berminat sekalipun, cukup setakat menyokong pasukan itu dalam perlawanan mereka tanpa perlu membabitkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi serta barang berserta logo sedemikian.

Namun begitu, memakai jersi pasukan Liverpool dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg, adalah muktamad hukumnya haram menurut hukum Islam berdasarkan dalil dan hujah sebelum ini dan juga yang diberikan di bawah.

Pengharaman juga adalah muktamad bagi mana-mana pakaian dan barangan yang mempromosi iklan bank konvensional yang menawarkan produk riba.

Umat Islam dilarang sama sekali secara sepakat ulama, mempromosikan mana-mana bank konvensional kerana dosanya sama seperti berperang dengan Allah SWT serta Rasul-Nya serta ia juga sama seperti seseorang itu berzina sebanyak 36 kali.

Hal ini juga disentuh oleh ulama terkenal, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang menjelaskan: “dan apa-apa yang diharamkan penggunaannya, diharamkan juga mengambilnya sebagai barangan yang disayangi atau sebagai perhiasan.”

Jadi, kenyataan ini menjelaskan apabila seseorang itu menjadikan ia perhiasan sama ada di rumah atau pakaian untuk dipertontonkan, ia sebenarnya satu cara serta bentuk pengagungan terhadap lambang itu.

Maka, hukum memakai baju yang memaparkan lambang salib secara jelas dan berlogo apa-apa jenama yang diharamkan oleh Islam seperti Carlsberg itu adalah berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan.

Manakala hukum memakai pakaian yang berlogo Red Devil adalah di antara harus dan makruh sebagaimana dinyatakan tadi.

Namun, jika ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram dan serta-merta tidak boleh dipakai Umat Islam.

Saturday, December 18, 2010

FINAL KEDUA



Malaysia akhirya dapat ke final Piala Suzuki AFF selepas menang agregat 2-0 ke atas Vietnam..
Semoga piala nie menjadi milik kita tahun nie.. the best performance from Khairul Fahmi, Shahrul, Kunalan, Amar, Safiq, Muslim, Mahali, Safee, Fadhli, Amri, Asrarudin Putra dll.. Moga momentum nie mampu diteruskan pada 26 Disember nanti..InsyaALLAH..

FOODDD?? MAKAN.. BUT BE CAREFUL...

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

 Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita h ila ng bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.  
  Nanti     kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."
  (Surah Al-Ahzab:71)

Saturday, December 4, 2010